Wednesday, 17 June 2015

Nasi Goreng Ikan Bilis



Bahan - Bahan :

 
                Bahan A
  1. 1 biji bawang besar
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 7 tangkai cili padi
  4. 1 tankai lada merah
  5.  Belacan ( Sebesar ibu jari )
           
               Bahan B
  1. Segenggam ikan bilis
  2. Sebiji Telur
  3. Daging burger (option )
         Nasi putih
         Perencah Ikan Bilis
         Lobak merah
         Garam



Cara - Cara :


  1. Kisarkan semua bahan A.
  2. Tumis bahan - bahan yang telah dikisar di dalam kuali dengan api yang perlahan.
  3. Masukkan lobak merah yg telah dipotong kecil - kecil ke dalam kuali. Biarkan seketika sehingga lobak menjadi empuk.
  4. Dengan menggunakan kuali lain, gorengkan bahan B satu persatu. Telur hendaklah digoreng hancur.
  5. Ketepikan ke semua bahan - bahan B yang telah digoreng.
  6. Masukkan garam ( secukup rasa ) dan perencah ikan bilis ke dalam bahan - bahan yang sedang di tumis.
  7. Masukkan nasi dan gaulkan nasi bersama - sama bahan yang ditumis sehingga sebati.
  8. Akhir sekali, masukkan bahan - bahan B yang telah digoreng kecuali ikan bilis dan gaulkan bersama nasi.
  9. Hidangkan nasi goreng yang telah siap dimasak bersama - sama ikan bilis goreng (taburkan di atas nasi goreng tersebut).



Tips

  1. Bilangan cili padi adalah mengikut cita rasa masing - masing. Bagi yang sukakan pedas boleh lah tambahkan lagi penggunaan cili padi di dalam masakan.
  2. Daging burger adalah sebagai pilihan sahaja, boleh juga digantikan dengan bahan yang lain seperti ayam, udang dan sotong.

Tuesday, 16 June 2015

Resepi Biskut Pelangi

Assalamualaikum..

Oohh hye everyone. This is my first post in my blog. I am newbie :p Tak nak lah cakap banyak, tengok tittle je pun you all da tau I nak share apa. I pilih untuk share resepi biskut pelangi ni sebab da nak musim raya kan dan biskut ni amat mudah untuk dibuat. Nama lain bagi biskut ini adalah biskut lidah kucing. Yes, kucing. Biskut ini berasal dari Indonesia. Selain untuk dijadikan kuih raya, biskut ni pun amat sesuai untuk dijadikan snek atau doorgift. Ok hope apa yang I share ni dapat membantu you all dan memberi manfaat.



Bahan - Bahan:

  1. 250 gm Butter
  2. 175 gm Gula Kastor
  3. 200 gm Tepung Gandum
  4. 50 gm Tepung Jagung
  5. 1/4 tsp emplex ( pelembut roti dan biskut )
  6. 4 Biji Putih Telur
  7. 6 Jenis Pewarna makanan


Cara - cara:


  1. Ayak atau tapiskan  tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
  2. Campurkan butter dan gula ke dalam mixer dan putar sehingga kembang.
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati dan gebu.
  4. Masukakan bahan - bahan yang telah di tapis tadi dan kaup balik dengan spatula sehingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
  6. Letak pewarna untuk setiap bahagian.
  7. Masukkan ke dalam piping bag untuk setiap warna berlainan dan gunting sedikit hujung piping bag.
  8. Paipkan ke dalam loyang lidah kucing mengikut corak yang dikehendaki dengan urutan warna pelangi atau berselang seli.
  9. Loyang Lidah Kucing
  10. Bakar dalam oven selama 15 - 20 minit pada suhu 150 C.


Tips:

  1. Beri perhatian ketika biskut berada di dalam oven untuk mengelakkan biskut hangus.
  2. Simpan biskut yang telah siap ke dalam bekas kedap udara. Sebaiknya simpan setelah suhu biskut menjadi suam - suam.